Sunday, 24 March 2013

 Ilmu itu umpama cahaya yang menerangi sebuah bilik di kala kegelapan. Kita sebagai manusia harus mencari ilmu untuk menerangi hati kita. Namun begitu, ilmu yang banyak juga tidak berguna jika tidak diamalkan. Menuntut ilmu itu adalah satu kewajipan. Tetapi harus kita ingat bahawa walaupun kita mempunyai ilmu setinggi bukit, jika ALLAH tidak mengkehendaki kita untuk menjadi seorang yang beriman dan bertaqwa kita tetap tidak akan beriman. Hidayah ALLAH adalah yang utama dalam kehidupan kita. Carilah ilmu sebanyak mungkin dan jangan lupa untuk berdoa meminta taufiq dan hidayah daripada ALLAH.



No comments:

Post a Comment